Sunday, November 20, 2011

PENDIDIKAN KHAS

PENDAHULUAN 1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara, menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan siri dalam masyarakat.
1.2 VISI
Menyediakan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Ke Arah Kecemerlangan Hidup Sejajar Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara .
1.3. MISI
Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Untuk Menjadikan Mereka Insan Yang Dapat Berdikari, Berjaya Dalam Hidup Dan Memberikan Sumbangan Bakti Kepada Masyarakat Dan Negara.
2. DEFINASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.
2.1 Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut.
Kebolehan kognitif
Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
Penguasaan membaca
Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
Kemahiran Matematik
Daya penglihatan
Darjah kebolehan pendengaran

PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara:
Program Percantuman.
Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal. Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala kemuadahan sekolah.
4.2 Program Inklusif Sepenuhnya
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)
Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment