Friday, November 18, 2011

Ulasan

Analyze new developments in teaching mathematics to dyslexic and dyscalculia pupils.

Terdapat ramai kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain dari segi kekurangannya. Ada di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Kanak-kanak ini memerlukan jumlah masa yang mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila dibaca. Justeru itu Pendekatan Multisensory merupakan satu kaedah yang amat bersesuaian dengan semua peringkat kesukaran. Menggunakan pendekatan ini bermaksud membantu kanak-kanak belajar melalui lebih dari satu deria. Di sekolah kanak-kanak banyak menggunakan deria penglihatan dan pendengaran, namun untuk menambahkan keberkesanannya, deria rasa dan pergerakan juga digunakan. Ini akan memberi minda kanak-kanak itu memproses maklumat melalui deria rasa dan pergerakan termasuk juga deria penglihatan dan pendengaran. Oleh itu apa yang penting ialah guru perlu peka apa masalah yang dihadapi pada kanak0kanak ini dan berusaha untuk memahami dan mengatasinya.

(more info)

No comments:

Post a Comment